Kenali Kami

KOEXTEL telah didaftarkan pada 24 Julai 2012.

Visi Kami:

Koperasi unggul, anggota sejahtera, komuniti berkembang

Misi Kami

· Memberi manfaat ekonomi kepada anggota melalui simpanan dan peluang perniagaan

· Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota melalui latihan dan pendidikan

· Memupuk semangat kerjasama dan solidariti di kalangan anggota

· Mengamalkan tadbir urus yang baik, telus dan bertanggung-jawab

Pasukan Kami

Pengurusan Koextel terdiri dari 12 Anggota Lembaga dan 3 Juru Audit Dalam yang telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 13 pada tahun 2025.

Raja Fauziah
Setiausaha
Hod Jaiah
ALK
Fauziah Azam
ALK
Foudzi
ALK
Zaliha
ALK
Dahlia
Pen Setiausaha
Hassan
Bendahari
Fauziah Lope
ALK
Habsah Nurudin
ALK
Mustafa Abdullah
Pengerusi
Zamzuri
ALK
Abd Ghani
ALK

Anggota Lembaga Koextel Sessi 2025/2026

Mengenai Koextel

Koperasi Bekas Anggota Telekom Malaysia Selangor Berhad (KOEXTEL) ialah sebuah koperasi yang diasaskan oleh bekas anggota Telekom Malaysia di Selangor dengan matlamat memperkukuh kebajikan anggota, membina peluang ekonomi dan mewujudkan manfaat yang berterusan kepada anggota serta komuniti.

KOEXTEL telah didaftarkan pada 24 Julai 2012. Sejak penubuhannya, KOEXTEL berusaha membangunkan aktiviti koperasi yang bukan sahaja memberi manfaat ekonomi, tetapi turut menyediakan ruang kepada anggota untuk meningkatkan ilmu, kemahiran, jaringan perniagaan dan kesejahteraan sosial.

KOEXTEL lahir daripada semangat kebersamaan bekas anggota Telekom Malaysia di Selangor.

Pengalaman luas anggota dalam bidang telekomunikasi, pengurusan, teknikal, pentadbiran dan perkhidmatan menjadi antara aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membangunkan aktiviti koperasi.

Daripada sebuah koperasi yang berteraskan komuniti bekas anggota Telekom Malaysia, KOEXTEL terus berkembang dengan meneroka pelbagai bidang perkhidmatan dan perniagaan.

Antara bidang yang pernah dan sedang diberi perhatian termasuk pelancongan, Umrah, makanan sejuk beku, penerbitan, latihan, perkhidmatan wasiat dan hibah, pembangunan laman web serta perlindungan takaful.

Bagi memantapkan ilmu pengurusan koperasi serta lain-lain pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dan penting, sebahagian kepimpinan Koextel telah dan sedang menghadiri berbagai kursus anjuran Institut Koperasi Malaysia terutamanya kursus wajib dan beberapa kursus peringkat sijil. Sebahagian mereka membiayai sendiri kos bagi kursus ini. Antara anggota yang sedang mengikuti atau telah menamatkan pengajian peringkat sijil ialah:

· Sdri Aneez Sabhe, Sijil Eksekutif Pengurusan Koperasi (Mei – Sept 2023)

· Sdr Muhammad Zamzuri Ghazali, Sijil Eksekutif Pengurusan Koperasi (Mei – Sept 2025)

· Sdr Mustafa Abdullah, Sijil Eksekutif Pemasaran Digital (Okt 2025)

· YM Raja Fauziah R.Abd Rahman, Sijil Eksekutif Setiausaha Koperasi (Mei – Sept 2026)

· Sdri Fauziah Lope, Sijil Eksekutif Pengurusan Koperasi (Mei – Sept 2026)

Galeri Aktiviti

Aktiviti Kemasyarakatan & Perkhidmatan Untuk Anggota Sepanjang Tahun

Lokasi Kami

Alamat Rasmi

102C, Glomac Business Centre, Jalan SS6/1. Kelana Jaya.47301 Petaling Jaya .Selangor

Waktu

Isnin-Jumaat 9am-5pm