

Mesyuarat Agung Tahunan Koextel yang ke 13 telah diadakan pada hari Selasa, 30 Jun 2026 bertempat di Dewan Seri Perkasa 2, Masjid Al Imam As Syafie, Taman Maluri. Seramai 27 orang ahli Koextel telah menghadiri mesyuarat ini, iaitu 21 orang hadir secara fizikal dan 6 orang secara atas talian.
Mesyuarat telah melantik 4 orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bagi menggantikan ALK yang telah tamat tempoh penggiliran. Berikut adalah ALK-ALK yang baru dilantik:
1. Habsah Nurudin
2. Hasan Shahiri
3. Muhammad Zamzuri Ghazali
4. Zaliha Omar
Perasmian penutupan telah dibuat oleh Yg Berbahagia Prof Dr Hj Mansor Ahmad, selaku Pengerusi Angkasa Negeri Selangor, yang mewakili Prof Madya Dr Abd Rahman Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden Angkasa.
Dalam mesyuarat ALK yang pertama, yang telah diadakan selepas selesai mesyuarat agung, pemegang jawatan utama ALK Koextel telah melantik:
1. Mustafa Abdullah sebagai Pengerusi
2. Raja Fauziah R. Abd Rahman sebagai Setiausaha
3. Hasan Shahiri sebagai Bendahari.
Jawatan-jawatan lain dan Juru Audit Dalam akan dilantik kemudian.









