Berita & Peristiwa

Hadiri Kursus Wajib 1

Seramai 7 orang anggota pengurusan Koextel terdiri dari ALK, JAD dan ALK Kecil mengambil inisiatif menghadiri Kursus Wajib 1 (Pengurusan & Pentadbiran Koperasi) dengan pembiayaan sendiri. Kursus dilaksanakan selama 2 hari di Hotel Tamu.

Mereka yang hadir adalah Hj Mustafa (Pengerusi), Raja Fauziah (Setiausaha Koextel), Zaliha Omar (ALK), Fauziah Lope (ALK), Habsah Nurudin (ALK), Roshizam Jantan (JAD) dan Aneez (ALK Kecil)

Pemantapan ilmu dari Program Wajib 1 membimbing ALK untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang

Ambil peluang sejenak berbincang program koperasi.

Bersantai

Pada 17 Okt 2026, seramai 7 orang ALK telah melawat tanah pertanian anggota di Temerloh dan kebun avocado di Gunung Senyum bagi melihat sendiri potensi serta perkembangan aktiviti pertanian yang boleh memberikan manfaat kepada anggota.

Lawatan ini juga menjadi satu langkah awal untuk meneroka peluang perniagaan dan menjana pendapatan koperasi, di samping menggalakkan penglibatan anggota dalam aktiviti ekonomi yang berpotensi.

Semoga usaha ini dapat dikembangkan lagi dan menjadi salah satu sumber pendapatan Koextel pada masa akan datang.

Lawatan Kerja ke Temerloh

Lawatan Santai

Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekincan

Lawatan Ke Beberapa Destinasi (awal 2026 & hujung 2025)