Keanggotaan Koextel

Kelebihan Menjadi Anggota Koextel

  • Menjalinkan ukhuwah sesama anggota dan keluarga dengan penyertaan dalam pelbagai aktiviti anjuran Koextel seperti Hi-tea dan lawatan-lawatan

  • Memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh institusi-institusi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkasa, Institut Kemahiran Koperasi Malaysia (IKMa) dan lain-lain yang berkaitan

  • Peluang menambah ilmu dalam pelbagai kursus dan latihan dengan percuma atau bayaran yang amat rendah

  • Menerima sumbangan kebajikan atas musibah, kematian atau hospitalisasi

  • Menambah jaringan perniagaan dengan jalinan dan kerjasama antara koperasi-koperasi, serta peluang melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan Koextel

  • Peluang menabung dalam Tahung Simpanan Koextel, dan berpeluang mendapat pulangan atau boleh digunakan pada masa-masa yang memerlukan

  • Mencarum dalam skim takaful kemalangan berkelompok e-Kasih di bawah kelolaan Agro ang

  • Perkongdisn keuntungan dalam bentuk dividen jika keadaan mengizinkan dan dengan kelulusan SKM

Syarat Menjadi Anggota

  • Keanggotaan Koextel terbuka kepada Pesara Telekom Malaysia dan bekas pekerja Telekom Malaysia serta keluarga mereka dan beralamat di Selangor

  • Anggota hendaklah merupakan warganegara Malaysia

  • Telah mencapai umur 18 tahun

  • Bermastautin, bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koextel iaitu dalam negeri Selangor

  • Saham minima RM300

  • Yuran pendaftaran RM30

Sila rujuk Undang-undang Kecil Koextel (Perkara 11) untuk maklumat lanjut mengenai syarat menjadi anggota Koextel.

Mohon Menjadi Anggota SEKARANG

Enjoy exclusive special deals available only to our subscribers.

Dulu copper, kini fibre

Dulu analog, kini digital

Dulu anggota TM, kini anggota Koextel